Wednesday, June 01, 2011

Selamat Ulangtahun Perkahwinan Yang Pertama 220511

Bila mana sabarmu ada hadnya
Tika gurauku tidak lagi senda
Pabila kemesraan tidak berbalas
Tatkala pujukanmu tiada ikhlas
Saat itu paling ku benci
Saat itu paling ku takuti
Saat itu palingku bimbangi

Aku memang damba perhatian
Aku memang rasa kekurangan
Namun bukan maksud untuk mencabar
Bukan jua ingin mengingkar
Niatku agar kau tegar memujuk
Hati kecil ini yg ego lagi kuat merajuk


Sememangnya ku tak suka melihat kau berpayah

Sepertimana kau tak mahu ku bersusah

Tapi sedangkan lidah lagi tergigit

Mengapa insan semulia engkau banyak ku sakit

Ampunkan aku, maafi aku

Tak dapat ku bayar setiap detik bahagia yg kau hadiah untuk ku


Satu purnama bahtera dilayari
Bali, Korea, Australia sudah dilewati
Walau kadang goyah dipukul badai
Hilang arah tika beliung membantai
Tapi akhirnya berlabuh jua ke pesisir pantai
Tanpa gundah kukucup dan kudakapmu
Yakin selamat selamanya selagi kau nakhodaku

Dengan hadirnya si putera kecil
Semoga lebih bermakna hidup kita kini ke akhir
Jangan pernah tinggalkan aku seorang
Tanpamu hala tujuan hidupku hilang
Kerna ku cinta dirimu hingga ke tulang...



*Segera la pulang....

2 comments:

citrus_medica said...

Ooo, time i takde baru nk jiwang2 eik..

dBot+AdibA-waN said...

ooo.. kutuk ek.. takpe2..

yg.. smlm i pegi warehouse sale 'babylove' kt cheras.. habis duitss.. erkk.. tp sumer keperluan..bukan kehendak..huhuhu.. maybe sikit kehendak baby kot..HAhahaha