Bila kulit bersentuh
Rohku getar seluruh
Mata hati berhenti memburu
Akal tuaku merapuh
Rasa ini tidak bisa dusta
Tapi lidah ini mampu menidak
Dalam laci minda paling dalam
Sambil diam sembil selam
Kau mengalir dalam jasad ini
Kau basahi tandus ini
Kau lengkapi dunia ini
Dengan sesuatu
Rasanya itu
Mana akarnya emosi
Bila jiwa berkongsi nadi
Mana tunjangnya tindak
Bila nafsu ditahan berontak
Jarak bagai menikam
Waktu umpama sekam
Keinginan paling teratas
Kemahuan membebas dan dibebas
Kematangan hilang waras
Ketakutan andai tumpas
Keagungan sabar terhias
Aku bukan seperti sang suria
Setia memberi tanpa menerima
Tapi kau seperti bintang
Sinarmu terang kerana kewujudan semesta
Kau garap semangat melahir keringat
Memberiku kekuatan
Harapan
Masa depan
Mampukah aku membayar nilaimu
Atau menempah seketika laras layakku