Tadi g main beskal n jog kat Taman Tasik TTwangsa.. Ramai sgt org kat situ.. Family and bakal family (aka. org berdatings..) ... Terbayang plak.. Rasa2 dlm masa 3 tahun..5 tahun.. 10 tahun lagi.. Ntah mcm mana la perjalanan hidup kita nanti..
Then balik tgh ada citer 3R kat tv.. Tajuk dia pasal Cinta dan Perkahwinan.. So ada crite psl 2 guest nih.. satu pasangan dh 30++ tahun kahwin..N satu lagi kahwin muda..Rosma n Khai (AF2003) .. Antara points yg diba dpt pickup:
Tips Mengikat Kasih Sayang
1.. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.
2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman.
3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur .
5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.
9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting anda berada disisi.
10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman bekas suami
13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.
16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.
I felt so thankful to have such a wonderful, loving, hillarious, out-going, supportive family.. I wouldnt trade anythg in the world for it.. I love my parents soooo much... And since its FATHERS DAY.. I want to share a bit about my dad, my BABA to be precise.. (L. kindly take note..hehehe) His name Zulkhefli Alias.. For me, he is a very loving,out-going person, rilex, funny,bersemangat,rajin membaca, degil sometimes, mudah tersentuh..
Hobby dia mancing and bersukan and aktiviti2 outdoor.... We all slalu p mancing kt sungai, lombong and pangkor.. Dulu pakai bot kecik..Later bot besar sikit..Tuh yg bleh p laut.. Dia kalo xde paper, hari2 mesti exercise, either main tenis or golf.. Slalu ikut tolong tarik beg golf dia.. Dia pun ada bwk kitorg p camping2 n hiking2 dlm hutan..Kitorg slalu pasang khemah n lampu coleman depan rumah ..Dia dulu smoke tapi x penah in front of kids or family members.. Dia anak sulung of 7 adik beradik.. So he has sacrificed a lot.. Most obvious is to let go higher education sbb nk skolahkan adik2 n bantu keluarga yg ramai.. Lps abis blajar kt politeknik ungku aziz dia terus keje ngan LLN/TNB sampai skrg... Dia dh bnyk berkorban utk sara kitorg yg ramai nih.. He worked sooo hard to give us everythg we want.. (well mostly everythg).. Dia x pernah pukul kitorg.. He has his on way to teach us a lesson.. (Iaitu = 5 kali ketuk ketampi depan org ramai..public torture..hahaha) Dia mmg let us play, learn and explore the world freely..as much as we want..
In term of his relationship with my mom.. Diorang sentiasa potrait kasih sayang depan anak2.. Kadang2 kitorang yg malu2 kucing to see them so loving.. Im not saying that takde pertelingkahan.. But they will end up solving it.. (My dad is slalu the cool one, yg akan merajuk dan membawa diri...hehehe).. Kalo kitorg ada, kitorg la pujuk dia..Dgn Baba, we have a signature hug+kisses.. Mmg dari kecik dah biasa mcm tuh.. Hug, then kiss left n right cheek, then temukan ur nose.. Hehehe.. Its kinda funny actually.. And every time after a phone conversation and nk berpisah.. Its been a practise that my parents tought us..sentiasa ckp yg kita sayang.. It goes like "baba syg ibah"..and i will reply.."ibah sayang baba jugak"..
Diba mmg anak Baba.. Our faces said it all...
Pix taken during F1 @ Sepang.. Skrg dia x gemuk camtuh..
A family man - Pix taken during raya tahun 2006 kalo x silap..
Baba is really a good son.. He really took great care of arwah atok..
(Latest picture, last month.. Time register Naimah @ uitm..)Time to time ..i can see him aging.. I cannot imagine living my life without him.. And i once wrote in a birthday card i gave to him like 7 years ago.. I said.." You know why i didnt have a boyfriend untill now? Its simply bcoz I hardly find someone like you.. " I love you so00 much Baba..