Bila kulit bersentuh
Rohku getar seluruh
Mata hati berhenti memburu
Akal tuaku merapuh
Rasa ini tidak bisa dusta
Tapi lidah ini mampu menidak
Dalam laci minda paling dalam
Sambil diam sembil selam
Kau mengalir dalam jasad ini
Kau basahi tandus ini
Kau lengkapi dunia ini
Dengan sesuatu
Rasanya itu
Mana akarnya emosi
Bila jiwa berkongsi nadi
Mana tunjangnya tindak
Bila nafsu ditahan berontak
Jarak bagai menikam
Waktu umpama sekam
Keinginan paling teratas
Kemahuan membebas dan dibebas
Kematangan hilang waras
Ketakutan andai tumpas
Keagungan sabar terhias
Aku bukan seperti sang suria
Setia memberi tanpa menerima
Tapi kau seperti bintang
Sinarmu terang kerana kewujudan semesta
Kau garap semangat melahir keringat
Memberiku kekuatan
Harapan
Masa depan
Mampukah aku membayar nilaimu
Atau menempah seketika laras layakku
2 comments:
wajah masa depan.. utk kite bersama~
rasa ini tidak bisa berdusta
aku chenta kamu, hanya kamu..
kau mengalir dalam jasad ini
mengalir deras ke jantungku, mengalir desar ke mindaku..
mana akarnya emosi? mana tunjangnya tindak?
tiada penhujungnya kaseh ini, tiada pengakhirnya sayang ini..
jarak bagai menikam, waktu umpama sekam
hanya Tuhan mengerti, betapaku mahu kamu menemanku di sini..
aku bukan seperti sang suria, setia memberi tanpa menerima
kau bagaikan bulan yg meneragi malam, menemani sang serigala yg kesunyian..
mampukah aku membayar nilaimu, atau menempah seketika laras layakku
Tuhanlah yg layak menilai manusia, tugasku utk bersamamu bahagia keakhirya..
insyallah~
lurve ya lots!
Post a Comment